MEMBACA AL-QURAN
Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada- Nya. Antara amalan-amalan mulia ialah membaca Al-Quran, istighfar, berzikir, berselawat dan berdoa.
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah :
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran : Menurut Ibnu Majah digandakan hinga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4. Mengikut Ibn Abbas r.a. , pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat.
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.
10.Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11.Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat dilangit.
12. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya di rumah itu.
13. Seutama-utama manusia di sisi Allah ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati pengajaran Al-Quran.
14.Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
15.Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
16. Mempelajari dan membaca al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
17. Pembaca al-Quran mendapat perlindungan di Padang Masyar nanti.
SEMOGA KITA ADALAH PEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN SEKADAR SATU AYAT.
ISLAM ITU INDAH
♥ Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri ♥
Keindahan Alam Bukti KekuasaanNya
Thursday, 13 December 2012
Monday, 12 November 2012
MARI BERWUDUK
PENGERTIAN WUDUK.
Dari segi bahasa : mengambil air sembahyang , menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu
Dari segi syarak : Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak dan dimulai dengan niat berwuduk.
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh Kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sedikit air di bahagian kepaala
5. Membasuh kaki sehingga buku lali
6. Tertib
Iaitu didahulukan mengikut turutan yang telah ditetapkan.
SOALAN LATIHAN 1
1. Apakah makna wuduk dari segi bahasa dan syarak ?
2. Lafazkan niat wuduk dengan betul.
3. Berapakah rukun wuduk ?
4. Apakah makna tertib ?
5. Mengapakah kita berwuduk ?
Thursday, 1 November 2012
Dengarkanlah....
Ombak rindu versi Islamik
Tuhanku,
Ombak rindu terhadapMu,
Menggamit rasa cinta dan taubatku kepadaMu,
Ampunkan segala dosaKu,
Kesalahan dan ketelanjuranKu,
Tuhan,
Tolong lembutkan hati hamba,
untuk mencintaiMu seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mampu,
menghadapi siksa nerakaMu,
Oh..tuhan aku tahu, banyak dosaku,
hanya ingatanMu dalam dukaku,
namun hanya kamu yang mampu
membuka pintu hati untuk cintaMu
Allah..
ampunlah hambaMu,
yang selalu dustakan janjiku,
agar kelak ku takkan disiksa,
kerna dosa-dosa masa lalu.
Allah..
jatuh air mata
dan terus mengalir mengiring doaku,
Allah yang mengampuni segala,
dosa-dosa hamba yang meminta.
Hanya mampu berdoa,
moga maghfirah tiba nanti.
DOA PENAWAR KEHIDUPAN
Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat. Andai kita ditimpa kesulitan, tiada lagi manusia tempat bergantung harap, hanya Allah yang mendengar rintihan, maka mengadulah padaNya agar segala kesulitan berakhir dan segala masalah ada jalan penyelesaiannya.
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku
( Surah al-Baqarah : 186 )
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
Daripada Abu Umamah r.a.katanya: Telah ditanya orang kepada Rasulullah: " Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari ? " Rasulullah s.a.w bersabda, " Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu "
( Riwayat al. Tirmizi )
Adab dan sifat berdoa.
- Berkeadaan bersih diri ketika berdoa, sebaik-baiknya berwuduk, persih pakaian dan menutup aurat.
- Dalam keadaan khusyuk dan merendah diri kepada Allah dan menghadap kiblat.
- Merendah suara dan tidak mengganggu orang lain.
- Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
- Yakin bahawa doa yang dipohon akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
- Mengulang ungkapan doa yang penting
- Memulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi dan mengakhiri juga dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi.
- Beristighfar ( memohon taubat ) sebelum berdoa
- Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dipohon.
- Doa bukan tujuan melakukan dosa atau peerkara tidak baik.
- Hendaklah dengan penuh perasaan mengharap diampunkan segala kesalahan.
- Mengangkat kedua-dua tangan ke paras bahu serta bersungguh-sungguh memohon doa .
- Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan rapatkan kedua-dua tangan.
- Berdoa dengan suara perlahan.
Waktu mustajab berdoa
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai solat Subuh
- Tiap-tiap waktu selepas solat lima waktu.
- Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
- Antara Azan dan Iqamah aatau selepasnya.
- Ketika bangun tidur.
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Antara takbir solat hari raya
- Dalam Khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
- Ketika menziarahi makam Rasululah di Masjid Nabawi.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Tiap-tiap kali memgadakan upacara atau majlis yang diberkati Allah.
- Ketika ditimpa kesulitan ,masalah atau resah gelisah.
- Ketika berjumpa sanak saudara atau sahabat yang telah lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Sepanjang malam terutama sepertiga yang terakhir.
- Ketika bersahur.
- Ketika khatam Quran.
- Ketika sujud dalam solat terutama sujud yang terakhir.
Tempat mustajab untuk berdoa
- Apabila melihat Baitullah ( Kaabah ) di Makkah.
- ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
- Di dalam Kaabah.
- Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
- Ketika melihat masjid Nabawi di Madinah.
- Di sisi telaga zamzam.
- Di atas Bukit Safa dan Marwah.
- Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
- Di Mudzdalifah pada 10 Zulhijjah.
- Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
- Di Mina pada hari Tasyriq.
- Di dalam Masjid
- Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12,13 Zulhijjah.
Tanda-tanda doa dimakbulkan
- Terasa sesuatu yang menakutkan.
- Menangis tatkala berdoa ( bukan dibuat-buat )
- Terasa menggeletar beberapa krtika krtika berdoa.
- Doa orang yang terdesak.
- Doa orang yang dizalimi.
- Doa anak-anak yang berbuat baik terhadap ibu bapa.
- Doa seorang muslim yang tidak menzalimi dan menjaga hubungan silaturrahim.
Sebab-sebab doa tidak dimakbulkan
- Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
- Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yan akan menyusahkan diri pemohon.
- Berkemungkinan syarat-syarat doa belum mencukupi seperti ; tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon taubat terlebih dahulu, hati tidak bersih, tidak yakin dengan apa yang dimohon kepada Allah, makanan atau pakaian yang datang dari sumber-sumber haram atau syubhah.
Semoga bingkisan yang diutuskan dapat dikongsi bersama dan dijadikan amalan harian.
Wednesday, 31 October 2012
Sempurnakan Imanmu (:
Assalamualaikum...
Selamat bersua diblog saya. Perkongsian buat pertama kali kita bicara, semoga masih terpalit rasa hati ingin berkongsi tentang rasa dan iman.Terlalu kerdil rasa diri untuk membicarakan soal iman dan ketaqwaan pada yang Esa, namun jauh di sudut hati rasa terpanggil untuk berkongsi rasa...
Selamat bersua diblog saya. Perkongsian buat pertama kali kita bicara, semoga masih terpalit rasa hati ingin berkongsi tentang rasa dan iman.Terlalu kerdil rasa diri untuk membicarakan soal iman dan ketaqwaan pada yang Esa, namun jauh di sudut hati rasa terpanggil untuk berkongsi rasa...
Permulaan kehidupan, bermula dari kain putih yang telah dicorakkan, setiap sudut jasad dijaga penuh rapi, disisip dengan ilmu agar pandai jaga diri, pandai membawa diri, pandai mendidik diri agar menjadi insan yang disanjung tinggi.
Bermula dari kehidupan hakiki kita dididik dengan aqidah yang kukuh, takut melakukan mungkar, manis menyulam iman, takut menghampiri onar, kukuhkan ketaqwaan, mantapkan keimananan pada Allah s.w.t. agar kita sentiasa di bawah naunganNya.
Bila jiwa disucikan dengan keinsafan maka hati menjadi tenang, biar apapun dugaan yang melanda kita pasti redha dengan ketentuanNya. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah melenyapkan semua kekuatan dan kesucian hati, buangkanlah jauh-jauh rasa kegelisahan, ketaksuban pada kehidupan dunia kerana ianya bersifat sementara, tanamkan rasa syukur dan istiqamah agar dapat mendidik jiwa menjadi insan yang berjaya baik didunia mahupun ukhrawi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





