Keindahan Alam Bukti KekuasaanNya


Monday, 12 November 2012

MARI BERWUDUK


PENGERTIAN WUDUK.

Dari segi bahasa : mengambil air sembahyang , menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu


Dari segi syarak  : Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak dan dimulai dengan niat berwuduk.



RUKUN   WUDUK 

1. Niat

   
2. Membasuh muka





3. Membasuh Kedua-dua tangan hingga ke siku







4. Menyapu sedikit air di bahagian kepaala

             




5. Membasuh kaki sehingga buku lali







6. Tertib

     Iaitu  didahulukan mengikut turutan yang telah ditetapkan.          



SOALAN LATIHAN 1

1.   Apakah makna wuduk dari segi bahasa dan syarak ?

2.   Lafazkan niat wuduk dengan betul.

3.   Berapakah rukun wuduk ?

4.   Apakah makna tertib ?

5.  Mengapakah kita berwuduk ?                                      

Thursday, 1 November 2012

Dengarkanlah....



Ombak rindu versi Islamik



Tuhanku,
Ombak rindu terhadapMu,
Menggamit rasa cinta dan taubatku kepadaMu,
Ampunkan segala dosaKu,
Kesalahan dan ketelanjuranKu,

Tuhan,
Tolong lembutkan hati hamba,
untuk mencintaiMu seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mampu,
menghadapi siksa nerakaMu,

Oh..tuhan aku tahu, banyak dosaku,
hanya ingatanMu dalam dukaku,
namun hanya kamu yang mampu
membuka pintu hati untuk cintaMu

Allah..
ampunlah hambaMu,
yang selalu dustakan janjiku,
agar kelak ku takkan disiksa,
kerna dosa-dosa masa lalu.

Allah..
jatuh air mata
dan terus mengalir mengiring doaku,
Allah yang mengampuni segala,
dosa-dosa hamba yang meminta.

Hanya mampu berdoa,
moga maghfirah tiba nanti.



DOA PENAWAR KEHIDUPAN


Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat. Andai kita ditimpa kesulitan, tiada lagi manusia tempat bergantung harap, hanya Allah yang mendengar rintihan, maka mengadulah padaNya agar segala kesulitan berakhir dan segala masalah ada jalan penyelesaiannya.

Allah SWT berfirman :






Maksudnya : Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku
                                                                                            ( Surah al-Baqarah : 186 )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Daripada Abu Umamah r.a.katanya: Telah ditanya orang kepada Rasulullah: " Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari ? " Rasulullah s.a.w bersabda, " Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu "
                                                                                             ( Riwayat al. Tirmizi )

Adab dan sifat berdoa.


  • Berkeadaan bersih diri ketika berdoa, sebaik-baiknya berwuduk, persih pakaian dan menutup aurat.
  • Dalam keadaan khusyuk dan merendah diri kepada Allah  dan menghadap kiblat.
  • Merendah suara dan tidak mengganggu orang lain.
  • Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  • Yakin bahawa doa yang dipohon akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  • Mengulang ungkapan doa yang penting
  • Memulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi dan mengakhiri juga dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi.
  • Beristighfar ( memohon taubat ) sebelum berdoa
  • Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dipohon.
  • Doa bukan tujuan melakukan dosa atau peerkara tidak baik.
  • Hendaklah dengan penuh perasaan mengharap diampunkan segala kesalahan.
  • Mengangkat kedua-dua tangan ke paras bahu serta bersungguh-sungguh memohon doa .
  • Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan rapatkan kedua-dua tangan.
  • Berdoa dengan suara perlahan.

Waktu mustajab berdoa



  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai solat Subuh
  • Tiap-tiap waktu selepas solat lima waktu.
  • Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  • Antara Azan dan Iqamah aatau selepasnya.
  • Ketika bangun tidur.
  • Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Antara takbir solat hari raya
  • Dalam Khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
  • Ketika menziarahi makam Rasululah di Masjid Nabawi.
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
  • Tiap-tiap kali memgadakan upacara atau majlis yang diberkati Allah.
  • Ketika ditimpa kesulitan ,masalah atau resah gelisah.
  • Ketika berjumpa sanak saudara atau sahabat yang telah lama berpisah.
  • Ketika hujan turun.
  • Sepanjang malam terutama sepertiga yang terakhir.
  • Ketika bersahur.
  • Ketika khatam Quran.
  • Ketika sujud dalam solat terutama sujud yang terakhir.

Tempat mustajab untuk berdoa

  • Apabila melihat Baitullah ( Kaabah ) di Makkah.
  • ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Di dalam Kaabah.
  • Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
  • Ketika melihat masjid Nabawi di Madinah.
  • Di sisi telaga zamzam.
  • Di atas Bukit Safa dan Marwah.
  • Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Di Mudzdalifah pada 10 Zulhijjah.
  • Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
  • Di Mina pada hari Tasyriq.
  • Di dalam Masjid  
  • Di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12,13 Zulhijjah.

Tanda-tanda doa dimakbulkan



  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa ( bukan dibuat-buat )
  • Terasa menggeletar beberapa krtika krtika berdoa.
  • Doa orang yang terdesak.
  • Doa orang yang dizalimi.
  • Doa anak-anak yang berbuat baik terhadap ibu bapa.
  • Doa seorang muslim yang tidak menzalimi dan menjaga hubungan silaturrahim.


Sebab-sebab doa tidak dimakbulkan

  • Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
  • Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yan akan menyusahkan diri pemohon.
  • Berkemungkinan syarat-syarat doa belum mencukupi seperti ; tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon taubat terlebih dahulu, hati tidak bersih, tidak yakin dengan apa yang dimohon kepada Allah, makanan atau pakaian yang datang dari sumber-sumber haram atau syubhah.

Semoga bingkisan yang diutuskan dapat dikongsi bersama dan dijadikan amalan harian.