Keindahan Alam Bukti KekuasaanNya


Wednesday, 31 October 2012

Sempurnakan Imanmu (:

Assalamualaikum...

Selamat bersua diblog saya. Perkongsian buat pertama kali kita bicara, semoga masih terpalit rasa hati ingin berkongsi tentang rasa dan iman.Terlalu kerdil rasa diri untuk membicarakan soal iman dan ketaqwaan pada yang Esa, namun jauh di sudut hati rasa terpanggil untuk berkongsi rasa...




Permulaan kehidupan, bermula dari kain putih yang telah dicorakkan, setiap sudut jasad dijaga penuh rapi, disisip dengan ilmu agar pandai jaga diri, pandai membawa diri, pandai mendidik diri agar menjadi insan yang disanjung tinggi.

Bermula dari kehidupan hakiki kita dididik dengan aqidah yang kukuh, takut melakukan mungkar, manis menyulam iman, takut menghampiri onar, kukuhkan ketaqwaan, mantapkan keimananan pada Allah s.w.t. agar kita sentiasa di bawah naunganNya. 

Bila jiwa disucikan dengan keinsafan maka hati menjadi tenang, biar apapun dugaan yang melanda kita pasti redha dengan ketentuanNya. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah melenyapkan semua kekuatan dan kesucian hati, buangkanlah jauh-jauh rasa kegelisahan, ketaksuban pada kehidupan dunia kerana ianya bersifat sementara, tanamkan rasa syukur dan istiqamah agar dapat mendidik jiwa menjadi insan yang berjaya baik didunia mahupun ukhrawi.










2 comments:

  1. Bagus dapat menghasilkan blog dan info menarik yang boleh dikongsi bersama. Semoga dapat dijadikan iktibar dalam kita menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Harap kita menjadi insan yang banyak bersyukur atas nikmat yang diterima.

    ReplyDelete
  2. Hidup kita ini banyak dugaan. Hadapilah dengan penuh kesabaran kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

    ReplyDelete