MEMBACA AL-QURAN
Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada- Nya. Antara amalan-amalan mulia ialah membaca Al-Quran, istighfar, berzikir, berselawat dan berdoa.
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah :
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran : Menurut Ibnu Majah digandakan hinga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4. Mengikut Ibn Abbas r.a. , pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di akhirat.
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.
10.Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11.Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat dilangit.
12. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya di rumah itu.
13. Seutama-utama manusia di sisi Allah ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati pengajaran Al-Quran.
14.Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
15.Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
16. Mempelajari dan membaca al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
17. Pembaca al-Quran mendapat perlindungan di Padang Masyar nanti.
SEMOGA KITA ADALAH PEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN SEKADAR SATU AYAT.
Assalamualaikum..kekadang kita membaca Al-Quran tanpa mengetahui hukum tajwid dan maksud ayat.. maka bacaan kita itu menjadi sia-sia..oleh itu marilah bersama-sama kita memulakan mengenali Al-Quran dari mula tanpa segan silu..
ReplyDeleteBetapa besarnya pahala membaca Al-Quran. Moga kita menjadi insan yang hidupnya penuh dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
ReplyDelete